Monday 6 June 2011

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru?

LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.

HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.

“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.

Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.

Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.

p/s: dulu kumpulan pelajar lelaki belasah seorang pelajar, sekarang kumpulan guru lelaki belasah seorang pelajar..hilang akal ke?

Friday 13 May 2011

Wanita jadi sasaran suspek simbah asid di Kuala Lumpur?


SATU KEJADIAN CUBAAN MENYIMBAH ‘ASID’ TELAH BERLAKU DI JALAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR PADA JAM 2.00 PETANG TADI. SUSPEK DIPERCAYAI MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5 WARNA HITAM. SUSPEK KELIHATAN SEDANG MEMEGANG BOTOL BERLABEL 100 PLUS MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN DALAM KEADAAN HENDAK MEMBUKA PENUTUP BOTOL TERSEBUT.

SUSPEK MEMAKAI PAKAIAN BAJU PUTIH BERKOLAR, BERSELUAR GELAP DAN BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 30-AN SERTA BERMISAI. SUSPEK MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5, MEMAKAI TOPI KELEDAR HITAM BERVISOR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU (WPV4963). GAMBAR FOTOFIT SEPERTI DISERTAKAN.

ORANG RAMAI DIMINTA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SERTA BOLEH MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS MELALUI HOTLINE POLIS KL (RAKAN COP) DI TALIAN 03-21159999 ATAU SMS POLISKL KE 32728 DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA TINDAKAN SUSULAN DAPAT DIAMBIL UNTUK MENGESAN SERTA MENANGKAP PENJENAYAH INI.

Lokasi kes simbah asid

Modus operandi penyimbah asid ini adalah menyerang dari belakang dan suspek terbaru yg ke 23 diserang ketika memandu dgn keadaan tingkap terbuka, kepada kaum hawa yang menjadi buruan lelaki asid ini sila ambil langkah berjaga-jaga, jalan kaki ikut berlawanan arus trafik dan pastikan tingkap kereta bertutup. Sumber : PDRM

p/s: kebanyakan mangsa semua melayu..kita tertanya kenapa suspek benci wanita melayu sahaja walaupun suspek india..korang wanita perlu berjaga-jaga, jangan lupa tingkap kereta bertutup.

Friday 29 April 2011

Warga emas 82 tahun dapat lesen memandu?

ABDULLAH menunjukkan replika lesen memandu percubaan yang diperolehnya pada majlis penutup program SKSJ di SK Sri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

TUMPAT – Seorang warga emas berusia 82 tahun dari Kampung Tujuh di sini merupakan antara 472 individu berusia lebih 50 tahun yang mendapat lesen memandu percubaan (P) motosikal B2 selepas mengikuti ujian memandu anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama tiga bulan menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).

Abdullah Che Ibrahi yang mempunyai 20 cucu ketika berkongsi kegembiraannya berkata, dia tidak menyangka akan mendapat lesen P selain menjadi peserta tertua pada program berkenaan yang dilaksanakan bermula Februari lalu.

“Bagi saya, ini adalah lesen paling besar pernah saya dapat sejak menunggang motosikal hampir 32 tahun lalu.

“Bukan saya sengaja tidak mahu ambil lesen tetapi disebabkan tidak tahu membaca, ia membataskan saya untuk cuba mendapatkan lesen memandu,” katanya selepas menerima lesen pada majlis penutup program SKSJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

p/s: kenapa lambat sangat? tak tahu membaca selain tahu kahwin? hehehe..

Thursday 28 April 2011

Pemuda cuai dipenjara setahun?

KEADAAN kereta yang menjunam ke tingkat bawah pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu pada Disember 2009 dan menyebabkan dua gadis terbunuh.

KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana didapati secara cuai meminta teman wanitanya mengawal sebuah kereta sehingga menyebabkan kenderaan itu terjunam dari tempat letak kereta di pusat membeli-belah KB Mall dan mengorbankan dua gadis di sini dua tahun lalu.

Majistret Noor Haslinda Che Seman mengarahkan tertuduh, Mohd. Sabri Jusoh , 29, dari Kampung Gertak Seratus, Besut, Terengganu menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa mulai semalam.

Dalam penghakimannya, Noor Haslinda berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian secara cuai Siti Amira Shamsudin, 21, dan Siti Nur Dianah Azman, 25.

"Terdapat unsur-unsur kecuaian di pihak tertuduh yang menyumbang kepada kemalangan dan kematian dua mangsa.

"Saksi (teman wanita tertuduh) memberitahu, kamu yang memasukkan gear kereta dan mengajar dia mengawal kereta walaupun dia memberitahu tidak mempunyai lesen dan tidak tahu memandu.

"Kejadian itu berlaku disebabkan kependekan akal kamu. Kamu boleh minta pertolongan orang ramai untuk menolak kereta itu manakala kamu memandu kereta tersebut," kata beliau.

p/s: kalau teman wanita dia tak tahu memandu, lain kali suruh dia menolak kereta dia..apakah..

Kereta baru dipakai rosak?

NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.

Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya.

p/s: macam mana kereta baru boleh cepat rosak? jangan-jangan kereta 2nd..

Tuesday 26 April 2011

Lelaki uzur kena saman?

ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling semalam.

BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

p/s: motosikal buruk kecil ada 90 hingga 250 kuasa kuda? hehe..